Monday, November 15, 2010

Mee Bandung Versi Duisburg..


assalamualaikum sumer...

Selamat Hari Raya Haji..

mm raye aji kami x de yg sepesel..daging pon masih di Basken (di kedai x beli lagi la tuh hahah..) honestly speaking tatau la beli ke tak, sbb en husben pon bizi di lab n izzah pon tatau nak amek cuti ke x..huhu

okeh la..biasa la weeken masak yg sepesel2 sket haha (sepesel ke..?? :P)
dah lama nak makan mee bandung..arituh pegi umah kawan, dia buatkan la..sedap2 tp agak pedas bagi makcik mengada nih (saya la tuh hehe..)
mengada sangat kan..so buat sendrik le..
nak kata jadik tuh..huhu...tah le..so-so la kot..

teringat lak makan mee bandung dkt jelebu dolu..ngan geng-geng lama..:(
sob sob sob..

oh ye supposely jadik spegeti bandung sbb saya tukar mee dgn spegeti..nak pakai mihun pon bule, mee meegi pon bule..tp meegi saya sayang sbb stok terhad..hehe

thanks to MyR atas resepi yg bes ini, tapi saya C&P dr Ika Bangkok..tankiu muah2

MEE BANDUNG DAGANG

Bahan-bahan
• 500g udang kering segar (saya amek segenggam setengah aje)
• cili untuk menumis
• gula pasir
• bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
• bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
• mee kuning 1 peket (spegeti agak-agak bape tekak nak makan hehe)
• sotong basah (saya tukar udang sorang 2 ekor)
• telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
• Sayur sawi 2 ikat
• tauhu goreng 5 keping
• garam
• air untuk kuah (Yg ni kita ikut cara akak ipar kita guna air rebusan daging then masukkan paste)
• 5 biji tomato segar (saya pakai sebijik tp tomato besa gedabak)
• minyak untuk menumis
• daging (optional) (smalam pakai daging cincang)
• Bawang goreng

Cara-cara
1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili (yg unt pes).
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato

Untuk memasak perencah mee bandung:
6. Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.

Untuk memasak mee bandung:
9. Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

Nota: saya x campurkan spegeti ke dalam kuah. rebus spegeti asing, n masa nak makan baru letakkan kuah di atasnye..:)

4 comments:

  1. buleh jual kat Jerman.. "Mee bandung Duisburg" Euro5,00.. sehr lecker!

    ReplyDelete
  2. ..haha..akak pun aritu teringat mee sup yg kat jelebu tu,terus buat bihun sup sendiri...org Jerman lagi la,nak pape terpaksa la self service kan?

    ReplyDelete
  3. tuh la rasa tuh la paling dirindui ttg jelebu hehe

    ReplyDelete
  4. eo.. en zahim sudah bisnes minded la.. ada modul keusahawanan ke dlm phd tu

    ReplyDelete