assalamualaikum...
apam yg asal kejadiannya sangat comel, tp bila sampai ke dapur duisburg, kecomelan nye agak berkurang sedikit gara2 ketidak amaturan secara kekal oleh saya...hik hik hik...
mata dan bintik2 badan ladybird a.k.a Marienkäfer yg tidak sama diameternya..
nasib baik masih denga cakap, beratur elok2..hehehe
ampun dan mahap pada asal pencipta resepi yg kretip ini...huhuhuhu
apapon izzah sangat suka apam ni memandangkan Marienkäfer ni haiwan kesayangannye...pantang jumpe mesti terbongkok2 membelek di tepi2 jalan dan di taman2 permainan...hahahaha
walaupon step by step nampak rumit, sebenanye takde la rumit mana..kiranye tak serik la nak buat lagi hik hik hik...
cuma kene spent masa yg lama sket sbb nak melukis tuh memang memakan masa pada yg amatur cm saya, kiranya takleh buat time lapar sbb nanti sempat kelaparan dulu dan tangan pon ketar2 nak melukis...ceeewaahh hehehe :P
time kasih pada semua yg terlibat mencipta, mereka mahupon mengshare resepi ini...izinkan saya tepek2 di sini plak ye...:)
ohye kalau nak tengok step by step camne nak lukis, leh usha2 di SINI okeehh...:D
APAM LADYBIRD COMEL
Adaptasi dari resepi : Lilydvalley
Sumber : Hana Memories, Nuri,& Ida Marlida
Ditulis & edit semula secara detail : MaDiHaA a.k.a Ratna
Idea Kreatif Lukis Ladybird : Fadilah Mazlan
Dishare bersama Kak Nieza Finland
Bahan-bahan Apam
* 3 biji telur - dari peti sejuk (MaDiHaA guna gred A)
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus – (MaDiHaA guna 170 gm)
* 150 gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah)
Lain2 bahan
* Filling blueberry / strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna hitam & merah
* Nozel bulat ~ untuk picit dot dot hitam (nozel yg biasa guna utk menulis semasa deco kek) (kalau takde boleh juga.. cuma perlu pastikan gunting muncung piping beg utk warna hitam dengan lubang yg kecil saja supaya dpt membuat dot dot hitam yg halus terutama utk bahagian mata ladybird)
* Acuan lompang atau acuan yg sesuai untuk menampung paperliner.
* Paperliner atau mangkuk kertas saiz yg sesuai dengan acuan yg anda gunakan.
* Piping beg atau plastik bersih yang sesuai.
Cara-cara Menyediakan
1. Masukkan semua bahan2 apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga adunan menjadi putih & gebu.
2. Ambil 1 ½ sudu besar & masukkan dalam piping beg kecil & ikat kemas. Gunting halus muncungnya apabila nak digunakan.
3. Ambil lagi 3 sudu besar adunan & warnakan dengan pewarna hitam & masukkan dalam pipig beg kecil yang dimasukkan nozel bulat terlebih dulu & kemudian ikat kemas piping beg dengan getah. Gunting muncungnya apabila nak digunakan.
4. Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah hingga mendapat warna merah yang disukai. Masukkan adunan yg diwarnakan ke dalam piping beg besar atau plastik bersih yang sesuai & sedia utk digunakan.
5. Seterusnya.. susunkan acuan kertas/paperliner di dalam acuan yg sesuai. Picitkan sedikit adunan merah ke dalam mangkuk kertas tadi hingga separuh ketinggian acuan kertas tadi.
6. Picitkan filling kesukaan anda secukupnya. (tak perlu byk sebab jika terlalu byk ia berat & akan mendap ke bawah!)
7. Picitkan lagi adunan warna merah sehingga ¾ penuh.
8. Gunakan pula piping beg adunan warna hitam & picit 2 garisan seperti dalam gambar. Satu garisan mesti berada ditengah2 diameter apam & satu lagi garisan buat sedikit ke tepi utk dapatkan bentuk kepala ladybird. Penuhkan bahagian kepala ladybird yg kecil sedikit tu dengan adunan warna hitam.
9. Dot dotkan bahagian badan ladybird di kiri & kanannya dengan beberapa dot dot berwarna hitam yang halus (sebab tu MaDiHaA syorkan menggunakan nozel bulat halus utk piping beg warna hitam ni ~ hasil tunjuk ajar dari sifu Ida Marlida.. hehe..).
10. Gunakan piping beg adunan warna putih tadi & dotkan mata ladybird. Dotkan pula warna hitam ditengah2 dot warna putih tadi untuk mendapatkan mata ladybird yang lebih menyerlah.
11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kecil (jangan terlampau kecil ye). (tempoh mengukus bergantung saiz apam anda) Pastikan juga balut penutup pengukus dengan kain yang sesuai supaya wap tak jatuh ke atas apam.
Nota dari Hana : jangan gunakan api yang besar kerana ini akan membuatkan apam merekah. TQ Hana untuk petua tu yer..
Nota dari MaDiHaA : jangan gunakan api yang terlalu kecil kerana akan membuatkan apam terbantut & tak mau naik.
tahniah hajar, menjadi dah apam tu...akak pun bukannya pandai melukis pun..main belasah juga ada juga mata kecik dan besar...hehe
ReplyDeleteai jer x buat2 ni
ReplyDeletebukan apa nnt if ai start buka oven
asyik nk membakar jer
lemak kat badan pow bertmbh
dah la now br leh nak senyum tgk body sendiri ngeee
kak nieza: hehe rasanye akak nye ladybird lagi cantik dari saya nye...hik hik hik
ReplyDeleteayu: hahaha ye lah i ada baca dlm blog, u kata dah makin selim ye..i takleh la nak fokus diet camtuh sbb nanti akan jadi bertambah berat..tak tau ngape uwaaaa
ReplyDeletepos kat ainul le hari ni.. tak pun bagi gambor je .. he..he..e
ReplyDeletesaya mau yg kaler hijau - ungu! sama kaler dgn rumah saya....
ReplyDeletesalam.nampak sedap tuu.es schmeckt gut! :)
ReplyDelete