Wednesday, November 17, 2010

Sup Tulang Aidiladha..


Selamat Hari Raya Aidiladha..

Kami di Duisburg dah beraya semalam (Selasa)..
so arinih Izzah n en husben dah kembali bertugas..
sorang di kindergarten n sorang di lab..
so tinggal la makcik ni ngan budak kecik yg tgh tido tuh..ehehe

okeh la sure sesapa kat Msia bumi terchenta tuh tgh syiok2 raye kan..huhu..

suhu smalam plak 0 darjah mmg kompom sejuk walaupon dlm umah..
dah siang sket baru la naik dlm 5 darjah..
tapi nasib baik x de angin..so sejuknya bule ditahan dek badan lagi...
ke...lemak-lemak di badan nih dah bertambah..??
erkkkk...:O

smalam kami x buat apa2 sepesel sgt pon..
cuma sup tulang aje..makan ngan mihun..
tapi perghhh mmg kompom bes..
teringat kat jengka, kalu nak raye mak la yg ke kandang tempat sembelih untuk carik tulang lembu..
dlm ramai2 lelaki peneroka tuh, mak dgn gagahnye menjadi sekuntum bunga ros di celah2 kumbang2..hihihi..
kat sini senang2 aje nak beli tulang lembu..
huhu rasa sayu lak smalam..
nasib baik sup tulang tuh bes, so terus buat-buat lupa ngan 'kesayuan' itu..haha



okeh la layan la ye resepi di bawah..
saya men c&p dr Mesra.net..resepi di post oleh Firza Nordin..

SUP TULANG SEMERBAK

Bahan-Bahan:

Bahan A :

1.5 kg tulang lembu (bahagian rusuk dsb)
- dicuci hingga bersih dan toskan

1 inci halia - diketuk
1 sd besar lada hitam - ditumbuk
1 sd teh garam kasar
1 sd besar gula batu (1" persegi) - x de pakai gula biasa haha
5 liter air

Bahan B (Tumbuk bersama) :
1 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
1 sd besar lada hitam
5 ulas bawang merah - x pakai

Bahan c (Rempah Tumis):
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
7 biji cengkih
4 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - dihiris halus

Bahan lain :
4 biji kentang - potong 2 - x bubuh pong
10 biji cili api - dibelah 2 - x bubuh gak
2 btg lobak merah - hiris kasar - x bubuh gak
3 biji tomato besar - dibelah 4 - x bubuh gak
¾ cawan minyak
2 bunjut rempah sup tulang - pakai 1 sup bunjut biasa
3 sd besar sos tiram
2 sd besar sos ikan
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
½ sd teh serbuk perasa
1 biji limau nipis diambil jus - x buat sbb x suka sup masam!

Taburan :
600 gm bawang merah - hiris nipis dan buat bawang goreng, gunakan minyak bawang untuk menumis
daun sup dan daun bawang

Cara:
Dalam periuk besar masukkan tulang yang telah dibersihkan dan masukkan air, halia, gula batu, garam kasar, lada hitam tumbuk dan halia. Didihkan atas api kecil (bertutup) hingga tulang empuk (seeloknya +-6 jam-tambah air lagi jika perlu) dan stok tinggal sebanyak 2.8 liter sahaja.

Dalam kuali panaskan minyak bawang dan tumis bawang hiris hingga mula kuning, baru masukkan baki bahan C dan kacau. Masukkan bahan B dan tumis hingga garing dan masukkan rempah sup kacau sebentar, masukkan 1 senduk stok dan kacau sebentar dan tuang bahan tumis ini kedalam periuk stok tulang dan kacau, didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan, tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goreng dan kentang didihkan lagi hingga kentang empuk, baru masukkan cili api, 1 sd besar hirisan daun sup dan lobak merah, didihkan 10 minit dan masukkan tomato. Didihkan 5 minit dan padamkan api. Tuang jus limau rata2 dan kacau. Hidangkan bersama taburan.

Nota: saya rebus dlm 2 jam aje kot sbb dah empuk..berkualiti btol lembu2 german nih muahaha...

2 comments:

  1. amboi amboi, sakan beraye u.. kami kat cni x wat ape pun, hubby siap gi uni lagi cam x raye ape2 hahahah.. aidilfitri je yg wat rendang and lemang. anyway, nmpak sedap sup tulang hajar, terliur sy. tp preparation nye macam2, nnt tahun depan la sy try.

    ReplyDelete
  2. ana: hehe saya buat pon pagi raya..lepas rebus tulang kuar beli barang2..balik baru makan hehe..sedap2 cubalah..:)

    ReplyDelete