Thursday, January 17, 2013

Istanbul - Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul..

assalamualaikum...

meh kita sambung pasal Istanbul ek..
kali ni saya nak share pasal Blue Mosque...

Blue Mosque
 

Nama sebenarnya Sultan Ahmet Mosque dibina pada tahun 1609 - 1616, pada zaman pemerintahan Sultan Ahmet I (kira2 150 tahun selepas zaman Sultan al Fatih)

Lebih gelemer dengan nama Blue Mosque dek kerana warna biru jubinnya yang menjadi hiasan dalaman di dinding masjid tersebut.
Tiles nya selain bercorak tradisional, ada jugak corak bunga, buah buahan dan cypresses (sila gugel sendirik :P).


perasan tak dalam gambar di bawah ni, ada dinding kayu? di situlah tempat muslimat bersolat, memang standard di setiap masjid begini (tak macam di Msia, yg mana kalau masjid besar2, biasanya muslimat solat di tingkat atas)
  

syiling bahagian muslimat

Dahulunya, selain fungsi Masjid, di dalamnya juga ada bazaar bertutup, hospital, Turkish baths, public kitchens, sekolah, caravanserai, dan makam Sultan Ahmet. Namun, sekarang banyak yang dah musnah..huhuhu

Oh ya, nak tahu satu fact menarik tentang Masjid Biru ini?
sebenarnya, warna asalnya bukanlah biru tau. kalau ikut Wikipedia ini, warna jubin asalnya ialah HIJAU, namun lama2 pudar menjadi BIRU.
dan kalau mengikut sumber dr website English.Istanbul.Gov.Tr ini, warna biru digunakan semasa renovation terakhir pada tahun 1990.

Rasanya semua orang tau Blue Mosque ni adalah yang paling gelemer di antara semua masjid kat Istanbul ni, mungkin kerana lokasinya yg senang di access (walau secara peribadi saya lebih mengagumi Masjid Fatih, Masjid Suleymanie dan Masjid Eyüb).
Ia berada memang di pusat tumpuan (Hagia Sophia, Topkapi Palace, Hippodrome dan Basilica Cistern)

Hippodrome yang dahulunya menjadi 'heart of Constantinople's political and sporting life', sekarang bergelar Sultan Ahmet Square
 

di sini ada The Obelisk of Theodosius atau dalam bahasa Turkinya Dikilitaş. sapa berminat leh klik SINI okeh (tak larat nak translate heheheh)



selain tarikan di atas, ada juga German Fountain di sini. Dibina sempena memperingati ulangtahun kedua lawatan German Emperor Wilhelm II pada 1898.
Nak tahu tak?
Ia dibina di German tau, dan diangkut piece by piece dan di assemble di tapak ini pada tahun 1900.

sumber dari SINI dan SINI dan SINI


p/s: sebenarnya hajat nak tulis sekali pasal Dolmabahce Palace tp dah kecik besar mata dok menggugel...hihihi :P

 

5 comments:

  1. salam ct...walau ada baca juga pasal blue mosque ni (sbb blm tgk real kan) tapi tqvm for additional info yg ct share ;)

    ReplyDelete
  2. sejak kengkawan pakat cuti2 ke Istanbul dan balik bercerita ttg aiskrim dan jus delima,saya dah masukkan Istanbul dlm list negara yg ingin dilawati

    tq krn berkongsi cerita ;)

    ReplyDelete
  3. wah...baca kat cn dah terpesona... kalo dpt dtg melancong sendiri alangkah bestnye

    ReplyDelete
  4. oh, baru tau warna asal jubin masjid biru tu rupanya hijau.. cantiknya.. teringin nak solat di sana...

    ReplyDelete
  5. cun masjid ni. sangat cun dan penuh bersejarah
    kehebatan pemerintahan turki uthmaniyyad dahulu kala kan.. sebelum dijahanamkan oleh mustafa kamal attaturk

    ReplyDelete