Thursday, January 3, 2013

Istanbul - Sejarah Silam...

assalamualaikum..

sebelum saya share gambar2 dan cerita tempat2 menarik kat Istanbul, ada baiknya saya sharekan sejarah bagaimana Constantinople boleh bertukar menjadi Istanbul...:)

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

sebelum Sultan Mehmet II (yang lebih dikenali sebagai Sultan Fatih) berjaya menakluk Constantinople, terdapat banyak cubaan dari tentera Islam di antaranya di zaman Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, tetapi gagal.

Jadi siapakah Sultah Mehmet II yang hebat ini?

Lahir pada 29 Mac 1432 Masehi, menaiki takhta pada usia 19 tahun. Memerintah selama 30 tahun, dan mangkat pada 3 Mei 1481.
Fasih bertutur dalam 7 bahasa ( Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew).

Seorang yang sangat kuat pegangan agamanya, dibuktikan pada kisah Jumaat pertama selepas menakluk Constantinople, semasa ingin diputuskan siapakah yang akan menjadi imam Solat Jumaat di Masjid Aya Sofya (Hagia Sophia).

Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, “Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal sholat fardhu silakan duduk!”
Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan sholat fardhu.

“Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggalkan sholat sunat rawatib silakan duduk!” Tanya Sultan lagi.
Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib.

Kemudian Sultan bertanya lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sholat tahajjud silakan duduk!”
Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan sholat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam sholat Jumaat. 
Memang benarlah kata Rasulullah SAW, Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.” 

Bagaimana Baginda boleh menakluk Constantinople?

kami berpeluang men 'Touch N Go' Rumeli Fortress, kubu yang dibuat oleh Sultan Fatih untuk menakluk Constantinople. Touch N Go - hanya berpeluang tengok dari bawah dek kekangan masa hehe..

di hadapan kubu ini, terbentang Selat Bosphorus yg sempit (selat yg memisahkan Eropah dan Asia). terbayang kapal2 perang di sini dahulu...huhuhu

Serangan menakluk Constantinople berjalan selama 53 hari, selepas Raja Byzantin enggan menyerah. Selama 48 hari mereka berbalas tembakan meriam, kemudian tentera Islam menggunakan Menara Bergerak (di dalamnya ada ratusan tentera)  tetapi berjaya dimusnahkan oleh tentera Byzantin. 

Punca kemenangan tentera Sultan Fatih ini ialah kerana mereka berjaya membawa kapal perang merentasi bukit bukau dari Selat Bosphorus ke Teluk Golden Horn, seterusnya menyerang dari arah belakang kota.
nak tahu betapa jauhnya Selat Bosphorus dengan Golden Horn?  
A ialah Selat Bosphorus, B ialah Golden Horn (depan Dolmabahce Palace/Eminönü)

akhirnya, pada 29 Mei 1453, Constantinople jatuh ke tangan tentera Islam. Baginda menukar nama Constantinople kepada Istanbul (Islam Keseluruhan) dan baginda digelar al Fatih (bermaksud Penakluk)

untuk cerita penuh, boleh klik SINI dan SINI (Bahasa Melayu)

Fatih Bridge di Selat Bosphorus yang diambil nama sempena nama Sultan Fatih

Neighbourhood Rumeli Fortress (Rumeli Hisari dalam Bahasa Turki)

selain Bridge, ada Fatih Mosque, tapi lokasinya bukan di Bosphorus ni. Penin jugak kami nak sampai ke situ sbb dia terletak bukan di dalam kawasan bandar Istanbul yg jadi tumpuan ramai, tersalah naik bas akhirnya terpaksa berjalan kaki jauh..huhuhu..

di sini ada maqam Sultan Fatih ni, sayangnya kami tak dapat masuk walaupon masa tu baru dalam pukul 7 malam..
 

cantik hiasan dalaman Masjid Fatih ni..:)

Masjid ni dibina oleh Sultan Fatih pada tahun 1462 - 1470. Merupakan first monumental project in the Ottoman imperial architectural tradition, untuk menandingi Aya Sofya. Di dalamnya ada sekolah, library, hospital, hamam (tempat mandi), public kitchen (untuk rakyat miskin), market dan caravansary (tempat musafir berehat).. sumber dari SINI dan SINI
lengkap kan? no wonder la Masjid2 di sana sangat besar (selain tempat untuk bersolat)..
 
Neighbourhood Masjid Fatih ni dikenali dengan kewarakan masyarakat sekitarnya. mmg nampak perbezaannya dengan masjid2 di bandar Istanbul tu, dari segi ramai makmum solatnya dan cara pemakaian orang2 di sini pon berbeza..:)

7 comments:

  1. bestnye..teringin jugak nk ke sana...
    insyaallah jika ada rezeki manalah tau kan...

    ReplyDelete
  2. seronok gak baca sejarah turki ;) tmpt sgt cantik.

    ReplyDelete
  3. Masyarakat di sekitar masjid Fatih masih byk lagi yg mengamalkan ajaran kesufian, seperti Sultan Fatih sendiri yg telah dididik oleh seorang ulama dari tarekat Naqsyabandiyah iaitu Syeikh Syamsuddin Al-Wali.
    Disebalik kejayaan Sultan Fatih mesti ada sokongan padu dr isteri dan ahli keluarga beliau, bagus kalu ada kisah seperti ini :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi negara orang. teringin satu hari nanti macam tu jugak :)

    ReplyDelete
  5. menarik kisah ni,thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. nada jeles kami.... 'jalan lagi!' hehehehe.....

    ReplyDelete