maaf kalau gunakan perkataan yg kurang tepat untuk tajuk entri kali ini..
tapi itulah yang menggambarkan perasaan saya semasa ke sana..
kerana?
tau saje lah dochland ni makanan halalnya limited, dan kalau pergi urlaub (melancong) pon biasanya mmg susah bab makan..
negara keliling german pon mmg non muslim, so paham2 la kan..hehehe
jadinya saya mmg sangat sangat looooooking forward trip kami kali ni, sbb nak makan puas2..hehehe
walaupon sebenarnya makanan Turki mmg familiar di german (sbb mostly muslim di sini mmg Turkish) tapi mmg ada perbezaannya..
masih terbayang2 di tekak kelazatan kebab, pide dan lain2..
mereka juga ada Cola Turki (ke Turka hehe). rasa macam air coke biasa tu la hehe..
juga ikan yg fresh dr laut dan murah2...derang buat ikan bakar camtu je tanpa perasa tambahan...fuhhh terus rasa lapar..
apapon jgn lupa untuk merasa Burger Ikan fresh di Eminönü, hanya 5 lira je tau.. memang menjadi tumpuan ramai sebab cepat disediakan dan murah harganya..kedai2nya sangat unik, mereka siang ikan, bakar ikan dan sediakan burger kita di atas kapal yg bergoyang...
kalau berani, padankan dengan air jeruk ini...fuhh kompom terangkat :D
dan jangan lupa jugak untuk merasa Lokum, sejenis manisan Turki. Dicipta oleh Bekir Effendi pada tahun 1776, merupakan gabungan jeli dengan perasa spt rose, oren, lemon dan lain2. sesetengah lokum juga diisi dengan potongan kurma, hazelnut dan sebagainya. dan kebiasaan lokum ini dibalut dengan serbuk gula, coklat dan lain2 untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain. rasanya? sedap dan kenyal, sedikit manis (masih boleh diterima pada kami)...hehehehe....
saya tak sure bentuk asal Lokum sebelum dipotong, tapi seperti bungkah2 pada pandangan saya..
selepas dipotong, cantik kan? hehehe
boleh jugak kalau nak merasa roti bakar bercheese ini. sangat melazatkan time sejuk2 dan lapar2 (dan time sesat jugak)...hehehe...
dan akhirnya, hati2 dengan kedai2 yg menawarkan variati lauk camni..menarik kan? harga pon tersangatlah menarik sbb selalunya M.A.H.A.L
*gambar di atas ni, en husben terpedaya dengan pujukan manis orang kedai ni. 'boleh campur' dia kata. kami semangat campur2 lauk las2 70 lira..nasib baik tak sampai gadai jam tangan hihihi
Wowwieee terliur sy kt London ni..dah la sejuk2 nak turun snow ni lapar memanjang ..huhuhu..hajar, cantiklah lokum tu, tk sama mcm turkish delight ke? sy tak brp gemar turkish delight tu sbb manis sgt tp hubby sy punyelah suka..hihi.
ReplyDeletedrooling here tengok segala jenis makanan tu..!!! tqs for sharing... nak sangat visit turki satu hari nanti insyA...
ReplyDeletelama dah tak singgah sini siti. hehe. pe kaba? apepun memng terbaik makanan mereka. terliur dibuatnya.
ReplyDeletecantiknya warna2 LOKUM
ReplyDeletewow mmg food heaven btol ni, utk kita yg kat dochland ni la hehe.. serius terliur tengok ikan bakar tu.. huhu..
ReplyDeleteCola turka tu kuat kan gas dia..haha..x suka sangat..tapi istanbul memang best la..kena makan lollipop kat Obelisk of Theodosius..sedapppp
ReplyDeleteterliur tgk makanan2 tu...
ReplyDeleteMenjejeh air liur sy tgk..teringin betul nak gi Turki. Nantilah ada rezeki mau pegi jugak.Sebab tgk Istanbul Aku Datang mmg lawa je tempatnya.
ReplyDeleteteringin2...jeles2..hihi..
ReplyDeletetu dia...meleleh air liur tgk ikan bakar fresh tu
ReplyDeleteterbaiklah
terbaek..
ReplyDeletetergoda dgn ikan bakar yg fresh itu
sedap ye ikan bakar tu..?teringin pulak nak makannya..:D..
ReplyDelete