teruja dengan entri entri saya yang lepas? hehehe...*prasan mode dush dush
harapnya dapat membantu sedikit sebanyak dalam info2 berkenaan Istanbul..
saya pon banyak ambik dr Internet jugak, selebihnya baru top up2 dengan pengalaman sendiri hehe..
apapon, memang kena rajin men surfing kalau nak berjalan, lagipon tak sesusah mana nak carik info, tambah2 zaman sekarang Internet di hujung jari kan hehehe...
Hagia Sophia, Blue Mosque & Topkapi Palace - tarikan 3 dlm 1 disebabkan lokasinya yang hampir.
boleh round dlm masa 1 hari je..hehehe
Hagia Sophia
Nama asalnya “Great Church”. 3 kali menjadi Church, sebelum ditukar kepada Masjid dan sekarang Muzium.
Dirasmikan pada tahun 15 Febuari 360 semasa pemerintahan Constantius II. Musnah terbakar. Binaan Hagia Sophia sekarang adalah totally different dari church yg asal.
Binaan ke 2 di zaman Theodosius II pada tahun 405. Terbakar dan sisa sisa yg tinggal antaranya di bawah ni...
Binaan ke 3 di zaman Justinian the Great dan dirasmikan pada tahun 537. Pernah musnah akibat gempa bumi dan dibaiki semula
Ditukar menjadi Aya Sofya Mosque selepas Sultan Mehmet II berjaya menakluk Constantinople, seperti yg saya dah ceritakan di entri yang lepas, di SINI...
dan yang menyayat hati, Hagia Sophia telah 'diberhentikan' menjadi Masjid dan ditukar menjadi Muzium semasa zaman Mustafa Kemal Ataturk sehinggalah sekarang. Terasa sedih bila melihat gambar2 'Mariam, Isa dan tuhan2 Kristian' di sini dan tiada lagi kedengaran azan berkumandang dari Masjid Aya Sofya ini..huhuhu
Topkapi Palace
Merupakan istana tempat bersemayam Sultan2 di zaman Uthmaniyyah selama 400 tahun. Dibina pada tahun 1459 oleh Sultan Mehmet II (Sultan Fatih). Namun, tidak lagi menjadi istana rasmi bilamana pada zaman pemerintahan Sultan Abdül Mecid I, baginda lebih 'berkenan' kepada Dolmabahce Palace yang baru dibina, yang merupakan 'the first European-style palace in the city' pada masa itu. huhuhu..
gate luar Topkapi Palace
pemandangan di dalamnya kawasan Topkapi Palace..
Sekarang, di sini bertempatnya pameran2 khazanah silam yang sangat berharga bagi Turki. di sini terpamernya potret Sultan2 di zaman Uthmaniyyah ini, barang kemas, jubah dan kaftan (dari mata kasar macam baju kurung pahang, tp saiznya sangat besar namun lehernya sangat kecik hehehe).
ini contoh baju2 yg dipamerkan, boleh gugel sahaja di Internet hihihi...saya ambil dari SINI dan SINI
pedang dan senjata2 Sultan, contohnya Pedang Sultan Fatih ini.. saya dapat dari SINI
dan yang paling gelemer ialah barang2 peninggalan Rasulullah (pedang - spt yg dipamer dahulu di Msia, janggut), ada juga tongkat Nabi Musa, pedang Khalifah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali R.A. dan lain lain.
ohya, di dalam ni tak boleh tangkap gambar tau..so pastikan anda ada memori yg kuat untuk ingat..hehehe :P
satu yang kompom anda takleh lupa kat Istanbul ni ialah sign Sultan Fatih yang memang banyak di merata2...inilah sign Sultan Fatih yg gememer itu..di framekan
dan di kiri dan kanan pintu ini, cantik kan?
macam dah panjang je, Blue Mosque sambung lain kali la ek...hihihihi
cantik ukiran senibina..mmg tertawan ni kalau melawat sini...
ReplyDeletecantiknya..esp ada salji dilamannya..;) Tq for sharing the info, dear! :) tak sabar nak tau psl masjid biru lak..nak sampai sana tatau la bila..dgr cerita dpd Hajar pon cukuplah kan..hehehe
ReplyDeleteindahnya pengalaman menjadi catatan yang paling mahal Sitiezahim
ReplyDeletebest nya dapat pengalaman di negara orang
ReplyDeleteDownload Setia Hujung Nyawa
Salam Siti,
ReplyDeleteAlangkah bahagianya kalau akak dapat ke sana bersama sama menikmati pengalaman yg sungguh indah huhuhu....
mustafa kamal attaturk memang sangat jahat. disyaki berdarah yahudi, memang penegak agenda yahudi di turki.
ReplyDeletebest dapat tgk ini semua. masajid aya sofia tu mmg popular kan
antara tpt wajib pegi kalau ke IST
ReplyDelete