Tuesday, January 22, 2013

Udang Lemak Merah Pekat & Kacang Buncis..


assalamualaikum...

saya percaya, kebanyakan readers Catatan Dari Deutschland ni minat masak2..
sebabnya bila saya check search keywords, memang orang akan carik resepi..huhuhu
tapi suka jugak saya mention di sini, rasanya belog sejota kenangan saya ni lebih banyak cerita pasal benda lain jugak hehehe...
info dan pengalaman di German, tempat2 yang saya dah lawati dan kalau ada entri entri kontrobersi mahupon sensasi tu adalah dari pengalaman saya sendiri...hihihihi :P

dan saya nak share satu resepi yg best..
dah lama saya print, macam dah penah buat dulu tp tak interprem kot..hihihi
btw time kasih pada Kak Ummi @ Home Sweet Home atas resepi ini, dan saya CnP dari Kak Nieza Finland yang dah balik Msia tu...izinkan saya tepek2 di sini ek..:)

UDANG LEMAK MERAH PEKAT & KACANG BUNCIS
- by Kak Ummi @ Home Sweet Home dan dishare oleh Kak Nieza Finland



Bahan-bahan:-
1/2 kg. udang - cuci bersih dan toskan.
4 tangkai cili padi merah *edjas sendiri
2 tangkai cili merah *
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji buah pelaga *
1 cm kunyit hidup * (bahan * dikisar bersama dgn sedikit air)
2 batang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
6 urat kacang panjang - dipatahkan 2 inci *saya pakai kacang buncis
sedikit tempe dipotong ikut suka *ni kak nieza tambah tapi saya tak letak
2 keping kecil asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan tempe, kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
  6. Hidangkan bersama nasi putih...
 


4 comments:

  1. Kak nieza nak balik mesia dah?! Oh lama dah sy tak jengah blog die.. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Adess.. Sedapnya nampak udang tu.. Saya suka lemak kuning masak dgn btg bawang cina tu.. Makan dengan sambal belacan.. Mmg bertambah tambah..

    ReplyDelete
  3. sedapnya akak, tapi susah nak cari buncis dan udang segar kat jerman nie, tp klo kat malaysia banyak udang, ikan dan sayur............best lah kat malaysia.........

    ReplyDelete
  4. Udang tu macan menjeling memanggil manggil je.

    ReplyDelete