Wednesday, January 9, 2013

KDrama: Faith Korean Series..

assalamualaikum..

entri menyelit, buhsan gak asik cerita pasal Istanbul kan? hehehe...
actually saya baru lepas abis tengok Faith..
okey saya tahu saya tertinggal flight sikit, sebenarnya saya tak minat tgk citer yg tengah tayang sbb tak sabar nak tunggu seminggu, orang upload...hahaha..teruk kan?
dan honestly saya tak berapa 'berkobar2' untuk tengok citer ni sbbnya ada baca di SINI, blog ni labelkan cerita ni adalah antara chemistry paling tak menjadi antara hero dan heroin..
huhuhu..

so dah nama peminat Lee Min Ho mestilah jugak tengok kan...hihihi (walau LMH bukan my top 2 oppa korea saya hehe)
dan pada saya cerita ni oklah, best je. at least tak seteruk Dr Jin..hua hua hua (lepas tengok Dr Jin, kepala saya pon penin sbb tak paham, ending plak tah hape2)
dari keseluruhan cerita, saya suka ending dia, since skarang ni banyak cerita korea (Rooftop Prince, Dr Jin, Queen In Hyun's Man) yg suka buat pasal time travel, so ending dia sangat penting kan, samada hero dapat bersama dengan heroin ke tak..

ending paling puas hati sbb ada suspen jugak walau mula2 ada perasaan sedih bila Eun Soo tu semangat lari ambik barang2 dia kat hospital dan lari balik masuk Heaven's Door, untuk selamatkan Choi Young rupanya2 Heaven's Door tu tak pergi ke zaman tu...uwaaaaa (dalam hati je, tak sampai ngalir air mata lagi keh keh keh)
nasib baik akhirnya dia dapat jugak kembali ke zaman Choi Young..
lalu tersenyum la semua peminat2 Faith kan...hihihii

but pada pendapat saya, dari segi keseluruhan saya lagi suka Queen In Hyun's Man (nanti saya akan kongsikan di blog ni) walau saya rasa ramai tak tengok cerita tu..
sbb citer tu sangat sweet dan touching jugak (ishk apakah memuji cerita lain di entri Faith..huhu)
lagipon Faith ni pada saya agak meleret, episod berapa tah baru nak start perasaan suka antara hero dan heroin..jenuh nak declare pakwe makwe..huhu
dengan kata lain, momen sweet pon agak kurang la kan...hihihi

dan apa kes, Dr Jang mati camtu je. atleast tunjuk la dia berlawan, or setidak2nya tunjuk la jasad dia yg dah mati tu, kasik la can dia enterprem kali terakhir..huhuhu *tak pueh ati mode sbb dalam Secret Garden pon dia asik dipandang sebelah mata je..huhu

dan susahnya nak membunuh orang jahat dan pengikut2 nya tu, tapi akhirnya rupanya macam senang aje nak bunuh pengikut2 dia yg ada super power itu..ceh
tp lawak jugak watak jahat yg suka buat muka pelik2, lagi2 masa lepas kena 'sumpah' go to h*ll oleh Eun Soo... hahaha...

tapi memula tengok, dok tak pueh ati asal la ambik heroin citer ni lagi tuadr LMH..nampak plak tu.. (dalam real life, mmg dah ada anak pong dan umur dia tua 10 tahun dr LMH)
rambut plak kaler ala ala merah, mekap agak tebal..nampak tak natural la..hehehe
*pandai komplen je, atleast dia dapat belakon ngan LMH kan..ekekeke...:P

ok la layan gambar. saya paling suka time General Choi Young buat rambut rebonding camni..hehe
sweet momen + sedih momen..huhuhu 

oh gambar paling tak tahan *sedih..Woodalchi yg rela berjuang berkorban nyawa demi King yang disayangi..huhu
 
meh layan OST plak. pada saya, tak se 'kick' ost Rooftop Prince tp masih mampu menimbulkan rasa sedih dan rindu pada Faith..hehehe

Because My Steps Are Slow - 4Men


Carry On - Ali


dan oh ya. masa ending sedih tu (ingatkan Eun Soo tak dapat dah jumpa Choi Young), terbayang ending Rooftop Prince (macam lebih kurang kan). tapi nampaknya Eun Soo lebih cerdik dr King (hero) citer Rooftop Prince sbb dia dapat carik cara untuk kembali ke zaman tu..hahahaha...:P
sedangkan King Rooftop Prince keseorangan sampai ke tua...huhuhu


7 comments:

  1. blh geng ngan ank js ni...hihi

    ReplyDelete
  2. sama cam cheq sue...sekarang dah mula musim korea...berderet tunggu nak tengok. LMH ni tengok dalam boys over flower memang menyampa habis...tapi entah camana terminat pulak, no 2 selepas KJS :)

    ReplyDelete
  3. Semangat citer korea! Cuba citer theme song mana pulak paling best? Coffee prince ke, heartstring ke, faith ke, rooftop prince ke, etc etc?

    ReplyDelete
  4. dah lama x layan cite korea..heeeee

    ReplyDelete
  5. best ye cerita faith ni...nak kena tgk ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. dlm byk2 drama korea..yg ni saya tak minat nak tgk
    mgkin sbb tak follow dr awal
    minat jugak kat LMH tu sbb dia sgt cumel ;)

    ReplyDelete