Tuesday, July 19, 2011

Desert unt Summer yg Sejuk..

strawberry panacotta
assalamualaikum...

ada fenin baca tajuk saya?? hehehe...
bukan apa, biasanya desert kita makan waktu cuaca panas kan..so nyaman2 gitu desert yg sejuk masuk mulut...
tp lately sejuk plak di duisburg ni, walaupon skarang Sommer (musim panas)..harap2nya kekal la camni sampai Ramadhan nanti ngeh ngeh ngeh..:)

Strawberry Panacotta ni dibuat gara2 tertawan dkt umah kak nieza finland itu..
memang bes rasa dia, bahan pon senang, step pon ringkas aje...memang puas ati la hehehe...
tengok merah puri srawberry ni memang tak tahan iman, so walaupon cuaca sejuk, still gak nak menikmati petang smalam...:P
time kasih pada pencipta resepi asal, Gert, jugak Kak Nor dan Kak Nieza sbb sudi share..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..

strawberry panacotta 2

STRAWBERRY PANACOTTA
- sumber Gert, dikongsi bersama oleh Kak Nor@Secubit Garam dan Kak Nieza Finland

Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Strawberry ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula (saya bubuh 2 1/2 sudu besar saja gula)

Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah strawberry ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri strawberry keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Nota: leh jugak kalau nak tukar stroberi kepada buah2 jus yg lain, cam kiwi, pelam dll..sekian :)

5 comments:

  1. SALAM ORANG JAUH, UUIIHH, SODAPNYA DESERT TU, TAK SOJUK KO? KAT SINI MANO NAK DAPEK BONDO TU, BILO LA DEN NAK SAMPAI KAT SANA,

    ReplyDelete
  2. resipe masak makan: salam kenal :)..hehehe insyaAllah ada rezeki leh sampai hehehe

    ReplyDelete
  3. jersey bayern munich satu,he he he

    ReplyDelete
  4. warna ichigo tue merah menyala ek....kena try gak nanty nie

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..tengah cari resepi terjumpa pulak blog kamu

    ReplyDelete