Sunday, July 3, 2011

Pekerja KFC mengong..

assalamualaikum...

maaf tajuk agak kasar..tp memang saya sakit ati sangat tengok video ni..
kurang ajar betul budak ni dan kawan2 dia..
rendahnya akhlak mereka sampai makanan dibuat camtuh..
dah la nak jual pada orang lain...
kerja unt carik duit yg halal, unt diri sendiri dan tanggung orang lain (mungkin)...
tp halalkah kalau dah macam ni??
tolong la pihak KFC siasat la muka dan suara ada tuh..
dan en polis sila lah buat kerja menangkap orang ni dr sibuk2 hal lain...
lagi berpekdah rasanya...

kalau ayam tuh masuk perut budak2 ni sendiri pon, malang betul organ dalaman dia...huhuhu

4 comments:

  1. sangat mengong.....tue muka dah nampak but x clear...kena hntr gi news paper bila theyolls siasat....bab makanan buat gitu plak...x der displin betul la budak2 ni...

    ReplyDelete
  2. memanglah kak liza dah tengok video ni... sungguh memalukan sebab melayu pulak tu . geram je.

    ReplyDelete
  3. Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

    Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

    Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

    KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

    Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

    Pengarah Urusan
    KFC Holdings (Malaysia) Bhd

    ReplyDelete
  4. maknanya KFC salahpkan org yg terbitkan video tu, bukan staff dier sdr?
    tiada staff kena pecat?

    ReplyDelete