Friday, July 1, 2011

Surat Terbuka untuk seorang hamba Allah..

assalamualaikum...

terlebih dulu saya mohon maaf sekiranya tulisan saya menyentuh hati mana-mana pihak..
saya bukanlah sealim mana, hanya seorang wanita yang cuba sehabis baik unt menjadi solehah untuk diri sendiri dan demi suami juga..

saya tergerak unt menulis bila baru-baru ini seorang kawan men sharekan satu video berkenaan 'Dosa di Facebook'...diambil dr artikel dengan tajuk yang sama yg saya rasa semua orang dah baca..

siapalah saya untuk mengulas apa yg ustaz itu kata...
cuma saya terkilan kerana dari artikel berkenaan, memang point-point yg ditulis menjurus kepada wanita...
bagaimana wanita tidak jaga aurat, bagaimana wanita meng upload gamba 'kiut' mereka untuk dipuji kaum lelaki...
bagaimana kaum lelaki membayangkan yg bukan2 hanya kerana gambar yg tidak sempurna penutupan aurat kita..

dan video baru2 ni pon semuanya berlatarkan gamba2 wanita yg dikaburkan...
kalau adapon gamba lelaki, ditunjukkan lelaki yg melayari facebook unt melihat gamba2 perempuan ini..

yaaa saya tidak nafikan sebahagiannya betul apa ustaz tuh tulis..
tp kenapa isu itu sahaja yg diwar war kan??
dengan kata lain ISU WANITA sahaja...
bukan kah ada 1001 dosa di facebook lagi yg melibatkan kaum perempuan dan lelaki??

kenapa tidak pula di pointkan kepada dosa lelaki yg sengaja melihat gambar2 yg pada wanita itu 'biasa', tetapi pada lelaki 'luar biasa'...

bukankah seorang wanita itu juga tanggungjawab seorang lelaki?
maksudnya, sekiranya dia seorang isteri, suaminya juga bertanggungjawab..
jika dia seorang perempuan yg belum berkahwin, tanggungjawabnya terletak pada ayah dan abang2 serta saudara lelakinya...
tapi kenapa tidak satu ayat pon yg ditulis...'kepada lelaki, perempuan itu tanggungjawab anda, sila lah belek gamba isteri atau anak atau adik di facebook dan tegurlah sekiranya dia mendedahkan aurat...'

dan, bagaimana dengan dosa lelaki membuka aurat?
kenapa tidak disentuh lelaki yg upload gamba dengan memakai seluar pendek atas lutut??
dan bukankah itu juga membuatkan wanita berdosa apabila melihatnya??

dan bagaimana pula dengan dosa menulis status2 berbau lucah atau double meaning yg sebahagian lelaki buat??

saya menulis bukan kerana saya emo atau tidak boleh ditegur...
sekiranya ingin berdakwah dan menyedarkan orang, silakan...
cuma pada ustaz ini, kalaulah ingin menjurus kepada wanita dan mengisi background gamba wanita sahaja, seolah-olah semua dosa di facebook itu milik wanita, sebaiknya tajuk tersebut dikhususkan...
dosa wanita di facebook....bukankah ianya lebih manis??
dan janganlah bersikap berat sebelah hanya kerana anda seorang lelaki...

wallahu a'lam..

12 comments:

  1. eja: time kasih krn berkongsi rasa dgn saya :)

    ReplyDelete
  2. setuju sgt2... kagum dengan entri dan penulisan ct kali nih ! siyes tu... takut den ;)

    ReplyDelete
  3. deena: hehehe jgn la takut...saya saje meluahkan apa saya rasa..:D

    ReplyDelete
  4. kak nor: mmm ramai yg sama pendapat kan..sitie pon dah komen benda sama kat entri dlm page dia..tp nampaknya dia masih berbangga ngan tulisan dia ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. isu ni dah lama....skrng nie wanita bertudung DITINDAS dari semua arah...itu salah ini salah...apa yg betul tataw la...ai pow bertudung x ikut syarat LULUS dariNYA lagik...but insyaAllah step by step sebab ai memula mmg free hair...sepatutnya berilah teguran yg MEMBANTU bukan MENJATUHKAN...dan yg penting semangat seseorang itew yg mahu berubah ke arah kebaikan...yes its true...aurat lelaki kebykan pandang ringat and sometimes x di tegur langsung... discrimination nama nyer nie....

    ReplyDelete
  6. mmg ramai perempuan yang rosak akhlak di masa ini.. tp bilangan lelaki juga ramai. yag pukul isteri.. mengabaikan tanggungjawab rumahtangga.. mengabaikan anak.. hisap dadah. hidu gam.. malas bekerja.. kenapa bila ceramah agama je, hanya wanita sahaja diperingatkan?

    sedarkah penceramah agama ini siapakah majoriti penghuni penjara? berapa banyak kes penceraian berlaku akibat kelemahan suami?

    sedarkah mereka berapa ramai wanita menjadi mangsa lelaki? lihat sahaja kes baling asid, pukul isteri, bunuh bekas teman wanita kerana cemburu.. kenapa golongan lelaki ini tidak ditegur?

    nak berdakwah, mendidik orang itu bagus tp JANGAN berat sebelah semata2 kerana anda itu lelaki. ingat, lelaki ketua keluarga, anda yg paling penting dibentuk dahulu.

    ReplyDelete
  7. ayu: ooo ye ke...tahniah suka nya saya denga..betul ayu, kalau nak tegur, banyak lagi perempuan tak bertudung or yg seksi2 dlm fb tuh, tp yg bertudung nampak dada gak yg dipilihnya...pelik saya..

    ReplyDelete
  8. kak anie: tuh la banyak lagi topik lain tp yg tuh jugak diperbesar2kan...a

    ReplyDelete
  9. Laporan JAKIM pada tahun 2009, perceraian di kalangan pasangan Islam di Malaysia berlaku setiap 15 minit !

    ok, adakah salah perempuan semata2 ni? semata2 salah perempuan yg guna Facebook ke?

    ReplyDelete
  10. aku sokong ko dan bagi ful mark utk ko hajar.aku pun pernah tertarik2 hati sangat nak mencatat sesuatu pasal topik ni tapi tak sempat.cuma aku penah post skali dalam pesbuk kawan yang cerita pasal benda2 camnih dan jugak tentang ramai wanita dalam neraka bahawa "ramai wanita dalam neraka mungkin jugak sebabnya lelaki gagal menjiwai peranan mereka sebagai ayah suami abang etc"...banyak orang dikalangan kita terlampau bias bila bukak topik dosa dan pahala ni.

    ReplyDelete
  11. pizah: betul2 baru ni derang dok sebar kt fb pasal apa jadi kat akaun fb kalau kita mati..memang menginsapkan tp tuh lah, tajuk umum tp isinya pasal pompuan tutup aurat tak complete lagi...

    ReplyDelete