Wednesday, July 13, 2011

Nasi Ayam Penyet...

ayam penyet

Assalamualaikum...

Sebenanye skarang tengah server down di umah saya ni..tensen jugak dah berhari2 camni..kengkadang ok, kengkadang tak..hari ni la paling teruk skali...kami bayar line internet skali tivi dan telefon, 3 in 1 secara bulanan, so bila down camni rugi la, kita bayar tp takleh pakai...dan lagi tak bes sbb tivi pon takleh tengok, dok hang camtuh aje la tak gerak gerak..hahahaha (gelak orang tensen)

Enough la bebel2 ek, hehehe...citer pasal nasik ayam penyet ni plak...pes time makan biasalah, di Kuching Sarawak Bumi Kenyalang..pes and las sbb kat kuantan tak penah jumpe (or tak carik hihihi)...tetibe kat sini datang angin mana tah, teringat ayam penyet plak huhuhu....biasalah orang dah lama tak makan macam-macam ni memang banyak ragam kan hihihi...rasa penah nampak kat umah kak Sari Yusa dan bila search memang ada...fuhh nasib baik...:)

So ini lah hasilnya, orang Jawa nye nasik ayam penyet, berkat resepi kak Sari dan Ijan Finland..mahap ye u all saya gabungkan...kalau nak resepi asal leh tengok di umah Kak Sari dan Ijan di MyResepi..btw time kasih banyak2 sbb lepas jugak la gian saya arituh...hihihih

ayam penyet2
RESEPI NASI AYAM PENYET
- Sumber Kak Sari Yusa dan Ijan Finland
- Olahan Hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan

Untuk Ayam
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)
Tepung beras

Cara
1. Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2. Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3. Golekkan ayam pada tepung beras dan goring dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Untuk Sambal

Bahan-bahan
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

Cara
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air – ikut sukatan air masing2

Cara
1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi
2. Masukkan beras yg ditoskan airnya. Masuk juga air, garam dan kiub ayam.
3. Masak macam biasa

Cadangan Hidangan
Boleh hidangkan bersama sup (saya lupa nak buat huhuhu), salad, timun (pon tak sempat nak potong) dan tomato..

1 comment:

  1. uishhh sedapnya tgk nasi ayam ni hajar...akak tak pernah buat lagi ni...akak pun diet tak mau mkn nasi...tapi mkn roti tak leh pakai punya diet kan...hehe

    ReplyDelete