Tuesday, April 19, 2011
Cendawan Goreng Rangup..
assalamualaikum...
dulu masa kat Msia selalu nampak cendawan goreng ni di pasar malam..
tapi seingat saya, kami x penah beli..
pasal cam rasa rege tak setimpal ngan kuantitinye...hihihi
so arituh bile nampak ros tayang cendawan goreng dia, terbekenan plak nak coba..
sbb simple je, dan cepat dimasak..
mmmmm memang yummyyy....leh buat lagi dan lagi..
puas ati bila buat sendri, pasal leh makan banyak mana yg kite suke kan...hihihi
time kasih ye ros, mintak izin tepek kat sini plak...:D
CENDAWAN TIRAM GORENG RANGUP
- by: Ros@JintanManis
Bahan-bahan
1 bungkus cendawan tiram ( 200gram)
sedikit tepung goreng ayam ( ros guna jenama adabi)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan tangan, carikkan cendawan tiram pada beberapa bahagian kecil, kiranya satu cendawan tu kita siat pada dua tiga bahagian lah.
2. Basuh dan toskan sebentar. Kemudian gaul cendawan dengan secubit garam dan sedikit tepung goreng ayam adabi, pastikan gaul sebati dan tepung menyeluputi keseluruhan cendawan.
3. Goreng cendawan di dalam minyak panas, hingga kekuningan, angkat dan toskan, sedap dimakan panas-panas bersama sos cili ataupun dijadikan menu hidangan makan tengahari ataupun malam. Selamat Mencuba.
Labels:
sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak kalo buat ni mesti jd tak rangup n mcm basah...rasanya kena btl2 kering b4 goreng kan?
ReplyDeletenak try yg ni la sbb sgt2 senang..hehe..
kak suzi: aa kene goreng lama sket kasik rangup..cuba kak suzi, mmg bes sangat2..hihihi
ReplyDelete