Monday, April 25, 2011

Sotong Kunyit Bersayur..


assalamualaikum..

menarik gak menu ni..
tambah plak bagi saya yg memang suka seafood dari ayam or daging..
bule buat lagi dan lagi dan lagi..hihihi :D
time kasih kak izah, kakak kesayanganku merangkap kaunselor masak2 saya yang share resepi ni..
dan time kasih pada cikmat gebu tuan punya resepi..
izinkan saya tepek tepek di sini bersama gamba yg tak bape cun itu..hahaha

SOTONG KUNYIT BERSAYUR
- resepi asal CMG@Dapur Tanpa Sempadan, dan di share oleh Kak Izah@Izah Mufin Lover

Bahan-bahan

3 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih potong bulat atau ikut suka
6 tangkai kacang panjang, kerat2 lebih kurang 2 inci setiap satu
5 biji cili padi merah, diketuk
2 camca besar kicap ikan
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup sebagai hiasan

Cara

Sotong ditoskan kering2, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi dan sos tiram, kacau rata.
Tambah sotong dan juga kacang panjang tadi. Masukkan sos ikan, kacau rata dan masak hingga kacang lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu letak sedikit gula dan garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

2 comments:

  1. kak ummiros: aa bes bes kak, meh kita pakat coba..hehehe

    ReplyDelete