Thursday, April 14, 2011

Nasi Ayam Hainan..


assalamualaikum..

dah sampai hari Jumaat ye..:)

okehla nasi ayam ni saya buat Isnin lepas...
hehe dah lama betul baru nak masuk sini kan..
biasanya mmg saya camni, pasal nak buat entri terus lepas masak tuh, jgn harapla..huhuhu..
2 askar saya ni takkan sesenang tuh kasik emak dia ngadap pc..huhuhu

okeh la berbalik pada nasi ayam ni, terpikat tgk kak nieza finland buat..hihihi
tapi saya buat tak la lawa cam dia..main susun2 aje..
en husben kata nasi dia sedap..hmmm sokong2..cuma part sambal tuh rasa cam slek skit, agaknya saya terlebih isi cuka...huhuhu


NASI AYAM HAINAN
- sumber Try Masak, di share bersama oleh Kak Nieza Finland..time kasih ye izinkan saya tepek tepek di sini plak..hehehe..

Bahan-bahan nasi
1) Beras (2 cawan)
2) Bawang merah dicincang (3 ulas)
3) Bawang putih ditumbuk (2 ulas)
4) Halia dihiris nipis (1 inci)
5) Mentega (3 sudu besar)
6) Air (secukupnya) *nieza gunakan air rebusan ayam, sama ngan saya
7) Garam (secukup rasa)

Bahan-bahan Ayam/ Sup
1) Ayam (1/2 ekor)
2) Sup bunjut (1 bungkus)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Bawang merah (1 ulas)
6) Kulit kayu manis (1 inci)
7) Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
8) Garam (secukup rasa)

Bahan-bahan Sos Cili
1) Cili merah (6 biji) *Saya tukar lada benggala
2) Air rebusan ayam (1/2 cawan)
3) Bawang putih (3 ulas)
4) Halia (1 inci)
5) Minyak bijan (1 sudu kecil)
6) Cuka (1 sudu kecil)
7) Gula (2 sudu kecil)
8) Garam (sedikit)

Cara Memasak:
Nasi:
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan air, beras dan garam.
Apabila nasi kering, kacau dan tutup periuk. Masak hingga nasi benar-benar empuk.

Ayam / sup:
Tumbuk hancur halia, bawang putih bawang merah, garam dan serbuk lada putih.
Perap ayam bersama bahan ditumbuk.
Renehkan ayam dan masukkan sup bunjut serta kulit kayu manis. Renehkan hingga ayam empuk dan masak.
Air rebusan ayam dihidang sebagai sup.

Sos Cili
Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam hingga hancur.
Hidang nasi bersama ayam, sup, sos cili, kicap,salad,timun dan buah tomato.

4 comments:

  1. kak anie: heheh bulee..masukkan dlm list unt bln 12 ok :P

    kak ummiros: hihihi ye ke kak, mmg sedap, kalu akak buat kompom lagi bes..eheheh

    ReplyDelete
  2. wahh dah buat dah....sorry lambat akak sampai sini bz sokmo..hehe btw tq sudi mencuba...cili tu akak tak bubuh cuka pun sebab tak suka mkn cuka...tapi resepi ni memang best dah 2kali dah akak buat jamu kwn dtng umah lagi last week.

    ReplyDelete