Wednesday, April 6, 2011

Pizza Gebu yang Menggebu-gebu..


assalamualaikum...

dah beberapa hari asik citer pasal jenjalan aje ye..hehe
so layan la resepi pizza gebu yg mmg menggebu2 ni..
mmg kalah la segala pizza yang ada di pasaran..
(hihi ni cakap orang yg hanya dpt makan pizza tuna & margarita aje sejak 8 bln ni..:P)

tapi seriyes mmg sedap pizza ni..
tambah plak toping sendri buat, so main hantam bubuh segala macam, dengan tuna, crabstick, sosej ngan salami sebanyak mungkin..
cheese plak berbakul2..mmg lumayan betul...hihihi
time kasih pada penyumbang resepi, Cik Mat Gebu yg femes itu..
saya buat separuh adunan aje, dapat sekeping pizza aje, cukup la unt makan kami 4 branak..hehe

meh close up sket, ada yg terliur tak? gegegege...:P


PIZZA GEBU
- sumber CMG@Dapur Tanpa Sempadan..di share bersama oleh Kak Hana@Hanamemories

Bahan-bahan

• 300 g tepung gandum
• 6 g instat yeast
• 20 g mentega
• 10 g gula halus
• 1 camca teh bread improver (optional)
• 1/4 camca teh garam
• 1 1/2 camca besar madu
• 170 ml air
• Sedikit tepung untuk ditabur

Cara-cara

1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Nota: saya gunakan sos tomato + sedikit sos cili + mix herbs unt gantikan sos pizza. hehehe..

6 comments:

  1. ish ish ish..dia buat pizza plak! ni kompom kena beli oven lepas beranak. tercabar la kalo hajar dah lulus buat roti ngan pizza...huwaaa (dengki)

    ReplyDelete
  2. aiiii, kalu buat sndiri memanglah mewah segala... suka.. suka...

    ReplyDelete
  3. kak maznah: hahah bagus bagus..mmg hajat ati nak bako...:P

    sari: hehe betul2..semua main campak aje, asal tekak sedap..lgpon x kisah pasal rege kan? hihi

    ReplyDelete
  4. kak azi: kene coba dulu baru terbukti kegebuannye hihii

    ReplyDelete
  5. suda cuba ambil resepi d dapur tnpa sempadN.memng gebu.gunA inti tuna.

    ReplyDelete