Sunday, April 3, 2011

Pau Gebu..


assalamualaikum...

akhirnya setelah 2 kali percubaan, menjadi gak pau saya..
gebu ke..?? gebu la...hahahaha..
tapi tak segebu pau pn ros kite la, of course...hihihi :P

hasil pelaburan membeli tepung pau di Asia Supermarkt..

dan sesi turun menurun ilmu pree of charge dr ros@jintanmanis..
itupon sbb pes trial saya 'agak' fail..banyak kebocoran di sana sini dan kekentalan pau yg sedikit kenyal...hahaha :P
time kasih yg tak terhingga ye ros...pueh ati den..hehehe
saya bubuh inti serikaya, nutella, chocolate dan peanut butter..huhuhu
saya buat separuh adunan, dapatla dlm 15 ketul comel2 cam tuannye ni..ekekke :P
oh ye ros, mahap aku edit sket resepi ko, pasal nak sesuaikan dengan cuaca sejuk gegege ni ye..

PAU GEBU
- sumber ros@jintanmanis

Bahan-bahannya

500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin (saya rehatkan doh dlm 8 minit)

2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis. (Saya bahagi doh pada beberapa bebola kecil, bulat2 kan. buat sampai doh abis. Then, leperkan sedikit bebola tadi, pastikan bhgn tengahnya sedikit tebal (unt elakkan inti bocor), masukkan inti dan tutup kemas (inti bergantung pada saiz pau))

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam. (saya tutup bekas berisi pau dengan plastik wrap, tutup lagi dengan kitchen towel dan bawahnya saya letakkan air panas. kemudian, letak tepi heater)

4. Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

resepi water roux di SINI

Nota tambahan dari Ros

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain) dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

4 comments:

  1. semalam beli pau... tak gebu lansung. wah .. bolehlah akak follow resepi ni. mak akak memang pandai buat pau, anaknya yang ini tak pandai. ainul dgn kak ina pandai le.

    ReplyDelete
  2. kak liza: hehe tuh la emak emak kita sempoi aje kan buat pau..saya ni rasa pau dah jadi cam hebat sangat aje...hihihi :P

    ReplyDelete
  3. kak azi: heheh sedap kak..rasa cm kat Msia hihihi

    ReplyDelete