Tuesday, May 31, 2011

Aiskerim Lagi dan Lagi...


assalamualaikum...

short entri..saje nak share aiskerim Milo anda jadi sihat dan kuat ni pada semua..
sebenanye resepi asal aiskerim coklat..
tapi rakyat jelata kat umah ni request nak perasa milo plak..
saya buat half adunan..saje nak test test dulu..:)
hummmmm memang terangkat la...tambah2 lak time camni yg dah nak masuk summer..
time kasih banyak2 ros yang share dlm Jintanmanis...

AISKERIM MILO
(asalnya Rich Chocolate Ice Cream)

Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston
Di edit oleh Ros@Jintanmanis

Bahan-bahannya
400ml whipping cream
100gram coklat masakan *saya tukar 2 pek milo panjang2 tu..
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco *saya tak letak
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar

Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
* Saya campurkan serbuk milo dan susu segar, larutkan mcm step kat atas

2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
*saya pastikan adunan betul2 sejuk, baru campurkan dengan whip cream yg dah dipukul

3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. uishhh sedapnya ice cream tu...wah dah nak summer ni dok tayang ice cream yer...akak pun nk buat gak la..hehe

    ReplyDelete
  2. kak nieza: hihihi sempena menyambut kedatangan summer la katakan...huhuhu

    ReplyDelete