assalamualaikum..
artikel ni sorang student Msia kat sini yg tulis..
menarik..so saya nak kongsi ngan anda semua..
dia ni orang utara, so bahasa pon stail utara la kan..
layaaannnn..:D
PERATURAN MEREPEK DI MSIA
Kadang-kadang, merepek tak semestinya selalu negatif. Merepek patut diklassifikasikan sebagai salah satu cara thinking-out-of-box. Antara peraturan-peraturan yang borderline merepek kat jermang ni:
1) time salji, hangpa kena sodok salji/tabur garam depan rumah; time ni la garam kat kedai habis, no joke. Kalau ada passerby yang terduduk, pungkok lebam tak boleh pergi kerja, atau pemain hoki tersembam depan rumah hang patah kaki, hang boleh kena saman. Implikasi di Malaysia: kalau ada sampah melampau sampai lengau hitam mai sekampung depan rumah hang, hang pon boleh kena saman. Kemonla Malaysians, tunjukkan kita pon maju, jangan dok biaq sampah berjejer depan rumah, ok? Lepas tu kalau ada orang buang sampah, pun kena saman. Duit saman tu dapat kat orang yang menangkap gambar pembuang sampah. Laf uols
2) nak barbeque (betul ke ni eja), pun ada designated place. Pernah jadi kat kami, salah tempat bbq, mana la nak tahu, noob kan, polis mai, huhu. Tersesak nafas 8saat ingat dia nak check passport ke apa. Rupanya nak tegur je, "tempat bbq 200m ke kanan ye, saudara dan saudari". Lebih kurang macam tu la dia cakap, tapi bahasa jerman la, bukan bahasa melayu. Implikasi di Malaysia: kalau nak bukak gerai penjaja kat designated place. Okla, fine. Bukan perlu ada authority kat sini, because I think this is one of Malaysia's colorful sides. Tapi bang, agak-agak. Kuih sedap tapi tepi container sampah, tekak mual nak makan.
3) lepas pukul 10 malam tak boleh buat bising. Kalau jiran you tegur, you tak diam-diam jugak, polis akan mai pukoi hang, eh takderla, diorang sound je; which is enough to bagi you cuak (polis kat sini, paling pendek 180cm, standard 190, ada beran nak gado dengan dorg?). Implikasi di Malaysia: kasik sejam setengah lebih la, lepas pukul 11.30malam dah tak boleh buat bising lepas tu and hari Ahad tak boleh buat bising sebelum pukul 9pagi - kau tebuk lubang kat jamban pukul 7 pagi hari Ahad, aku rasa macam nak tebuk lubang kat kepala kau.
4) diskaun yang banyak untuk pelajar-pelajar! Everywhere we go here, we'll ask for students rate. Kalau nak masuk muzium ke, dapat diskaun. Plus kami dapat semester tiket, boleh naik train dan bus dengan potongon hampir atau lebih dari 50% dalam zon tertentu yang selalu lebih 50km. Implikasi di Malaysia: bagi la potongan juga. Dahlah students di Malaysia dapat duit lagi kurang, ibu bapa kena tambah sikit. Bayangkan kalau yang ibu bapa pun tak banyak duit, nak balik kampung halaman pun mampu dua tiga kali sahaja setahun.
Okla, sikit-sikit peraturan merapu cukup la kan. Nanti kalau banyak sangat, semua orang tumbuh uban. Biar orang fikir merepek, tapi kalau peraturan-peraturan tersebut efektiv, why not?
Komen saya:
Memang betul apa kawan saya ni tulis..Bukan niat unt compare between Msia-German pon..memang byk beza antara negara maju - negara membangun, tp kalau nak maju, memang la kene amek contoh dari yg lebih baik kan? hehehehe..
lagi2 point no 4 tuh, kami kat sini kalau naik public transport, memang free unt student. dan buleh bawak sorang lagi (free) weekdays (pukul 7 pm onwards) dan wiken (sepanjang hari)..kanak2 bawah 6 thn pon leh naik percuma..sebab tuh honestly kami satu famili leh slambe macho je taderk kete 'lagi'...ngeh ngeh ngeh...
No comments:
Post a Comment