Sunday, May 22, 2011

Brekpes Pagi Sabtu..


assalamualaikum..

hari ni izzah cuti, selsema dan batuk..
suka la lea, ada kawan unt gasak-gasak kat umah ni...hehehe

pagi-pagi sabtu lepas kami layan roti hot dog ni unt brekpes..
eh takde la pagi sangat, biasalah kalu nak guna khidmat bakti makcik BM tuh, kene bersabar sket la..hihihi
itupon start menguli kol 6 am..siap nguli dah 1 jam 30 min, nak bentuk kan la, perap lagi kasik naik dan bakar..
alhamdulillah naik cantik skarang..sebab cuaca dah panas so senang sket..
kalu cam masa awal2 saya blaja meroti arituh, time winter plak tu, laaaaaama nak tunggu roti tuh naik..memang frust bila tak menjadi..huhuhuhu..
takpe la pengalaman tuh sumer...asik senang je sumer tak tahu susah plak nanti..hihihi

okeh la layan resepi ni ye..time kasih pada penyumbang resepi, Amy Beh dan Noreen UK atas step by step bun making nye..
izinkan saya tepek tepek di sini plak..:D



SESAME HOT DOG BUNS
- sumber Amy Beh, di CnP oleh Noreen UK

Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung roti
50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur
1/2 camt garam
1 camt susu tepung
1 camt yis
1/4 camt bread improver - optional
160ml air
25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter

10 biji hot dog
bijan secukupnya
egg wash - untuk sapuan

cara:
• masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
• tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
• keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
• tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
• bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
• bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
• ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar SINI)
• letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
• kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
• lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
• sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
• kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
• pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
• apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
• selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
• kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan

Nota: dulu masa winter, memang saya buat letak air panas tuh, tp dah panas ni saya tutup dan letak tepi tingkap kasik kene panas aje..hihiihi

No comments:

Post a Comment