Saturday, May 21, 2011
Aiskerim Lagi..
assalamualaikum..
selamat berhujung minggu buat semua..
skarang cuaca tak menentu di sini, last week hujan renyai so suhu turun dlm 13 darjah camtuh..
tapi hujan pon takde la mcm di Msia..renyai halus-halus setakat basah jalan aje..hehehe
arini plak, Sabtu (Samstag) panas, 25 darjah..
pening plak kepala dok lelama kat luar..huhuhu
layan aiskerim memang menarikkk...heheheh :D
simple aje resepinya, saya ikut puan ros ni, buat 2 perisa..strawberi dan vanila..
tapi tak bape jelas plak bila snap gamba..hihihhi
time kasih ros, izinkan saya tepek tepek di sini plak ye..:D
HOMEMADE ICE CREAM
- sumber Cookpad.com, ditranslate oleh Ros@JintanManis.com
Bahan-bahan
3 biji telur
200 ml whipping cream
80 gram gula
2 sudu kecil esen vanila ( ni ros tambah)
sedikit esen strawberi dan pewarna merah (juga ditambah)
Cara-caranya
1. Asing putih dan kuning telur, kemudian pukul putih telur hingga menjadi meringue.
2. Di dalam bekas lain pukul pulak whipping cream sehingga menjadi krim, tapi tak perlu terlalu kental.
3. Kemudian pukul pula kuning telur dan gula, hingga kembang dan putih, akhir sekali campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan masukkan esen vanila, gaul dengan spatula atau handmixer, pastikan sebati. Simpan di dalam peti ais sehinga aiskrim keras dan sedia untuk dihidangkan.
Nota dari Ros: Ros bahagi dua adunan aiskerim ni, satu letak perasa strawberry dan satu lagi perasa vanila..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment