Wednesday, March 23, 2011

Ayam Masak Lengkuas..


assalamualaikum..

masih ingat lagi entri Ikan Masak Singgang ni?
satu-satunya masakan yg saya tau gunakan lengkuas..
disebabkan lengkuas masih bertapa di dalam esbok saya tu, so terpaksalah saya gunakan kecanggihan teknologi masakini untuk mencarik-carik apa jua resepi menggunakan lengkuas..
so dengan bangganya saya isytiharkan yg saya tau masakan lain menggunakan lengkuas selain singgang...hahhaha

okehla jangan layan merapu saya di malam hari ni..
meh sesama kita layan resepi ni..
mmg marbeles walaupon saya lopa nak masukkan rempah tumis, tukar daun kunyit yg kompom x de di german ni kepada daun limau purut..
dan tukar jugak santan kepada susu cair..
mahal weh santan kotak kat sini..huhu..hahaha :P
seriyes mmg bes dan akan dibuat lagi dan lagi dan lagi...
nak buat lauk raya pon bule, sbb rasa dia ala-ala rendang gak...hihihi
time kasih banyak2 pada penyumbang resepi..mmg bes sangat2 di tekak kami satu famili..:D



AYAM MASAK LENGKUAS
- sumber Ela@Mesra.Net

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
santan (1 biji kelapa) - saya pakai susu cair
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kunyit - tukar daun limau purut
3 sudu besar cili kering yg dikisar - sikit aje tak tahan pedas..hehe
4 sudu makan minyak untuk menumis
2 ulas bunya lawang - lope
4 biji buah pelaga - lope
3 cm kulit kayu manis - lope gak
4-5 bunga cengkih - lope lagi

Bahan-bahan untuk dimesin:
2 inci lengkuas muda
2 cm halia
2 cm kunyit hidup - kunyit serbuk aje..
5 batang serai
5-7 biji bawang merah - saya pakai bawang besar

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunya cengkih.
3. Bila dah harum, masukkan bahan-bahan yang dimesin dan campur sedikit air.Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili kisar.
4. Kacau dan biarkan sebentar lebih kurang 10 minit
5. Bila cili dah masak, masukkan ayam.
6. Selepas 5 minit, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sedikit dan biarkan sehingga ayam masak menggunakan api yang sederhana.
7. Apabila kuah agak kering, masukkan daun kunyit dan bolehlah dihidang.

Nota: lepas ni insyaAllah takkan lope masukkan rempah tumis kompom lagi bes...hehe

No comments:

Post a Comment