Wednesday, March 16, 2011
Daging Berempah Citrawarna..
assalamualaikum..
sambil mengupdate blog, sambil layan bola..
Real Madrid vs Olympique Lyon..
sebenanye saya tak minat sangat bola sepak ni..
tapi sbb Real Madrid ada Mesut özil pojaan ati saya...so wajib layan..hahaha
dolu masa sekolah menengah, zaman Beckam Manchester United, mmg giler-giler la..
lepas tuh x amek pusing ngan dunia bola sepak..
sampai la last year World Cup, tetibe terrminat ngan özil ni..sbb masa tuh dah tau nak dtg German, then dia main mmg bes kan, plus minat muke dia skali...hahahah :P
oh kiutnye özil dengan jersi deutschland ni..gegegegege
okehla saje je iklan pasal özil kejap..
sebenanye nak show daging berempah citrawarna ni..
sebab ape nama citrawarna, kene tanye puan empunya resepi, puan ros jintanmanis kite..hehehe
sedap, ada rasa rempah kari nye..leh buat lagi di lain kali..dan lagi..dan lagi..:)
lagipon kat umah ni banyak stok serbuk kari daging, so kene la pikirkan cara maksimum penggunaannya kan..hihihi
DAGING BEREMPAH CITRAWARNA
- sumber ros@jintanmanis..time kasih muah2 ye ros, aku tepek resepi kat sini plak..:)
Bahan-bahannya
350 gram daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar ( bahagi dua bahagian) satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar.
4 inci halia ( separuh di hiris nipis, baki dicincang kasar)
1 keping kulit kayu manis
sedikit garam
1/2 biji lada benggala merah@ cili merah ( dihiris nipis)
sedikit kacang buncis@ kacang panjang( dipotong beberapa bahagian)
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.
2.Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia yang dihiris kasar, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.
3. Kemudian cincang atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan kulit kayu manis, serbuk kunyit, serbuk kari dan daging yang siap direbus tadi. kacau sebati, jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, lada merah dan kacang buncis, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam, kacau sebentar dan apabila bawang besar, lada merah dan kacang buncis agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba.
Labels:
daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment