Tuesday, March 29, 2011

Projek Meroti yg Tah Bile Nak Suksess..

assalamualaikum...

last 2 days saya belajar meroti lagi..
tibe-tibe semangat luar biasa datang, sbb before tuh dok berguru ngan ros jintanmanis..
so nak apply la tips2 yg diperturunkan tuh..
ros pesan dah siap roti, sila la roger dia, bentangkan hasil eksperimen..
mahap ye ros tak sempat nak buat entri pasal ni..
then ada gak layan youtube ni, dapat la info2 tambahan..
macam senang aje kan? huhuh tensen gue...

video

suksess ke? mmm anda saksikan la sendri..
ni la hasilnya..



before ni, saya apply tips dr kak nieza, yg mana lepas bentukkan dan isi inti, tutup bekas tuh dengan plastik wrap, then ngan kitchen towel, bawahnye kasik air panas dan letak dlm oven yg tak ON..

so kali ni ros suruh saya cuba kaedah yg sama, cuma bezanya letak sebelah heater. so saya derhaka sket, bawahnye saya still letak air panas dan letak tepi heater yg ON..alhamdulillah naik cepat sket dr before ni, dlm sejam lebih perap dah bule bakar..hasilnya tak la segebu ros nye roti (of course la kan hehe ) tp ada la nampak improvement..

apa pun time kasih kat ros dan kak nieza atas tunjuk ajar selama ni..dan pada chef india dlm youtube tuh..:P
betul kata dia, tak de rasa yg lagi sedap dr makan roti time panas2...hahahha

sapa nak mencuba sila lah C&P resepi di bawah ye..saya buat half adunan, then isikan dengan nutella dan jem bluberry..:D
hehe isi jem pon senget2..hahahaha



ROTI PUTIH MADU HARUM VANILA
Sumber resepi: ros@jintanmanis
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
- masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Nota: fuhhh nasib baik tepung kat sini taderk BP dlm dia..kalu x berkuburla projek meroti saya..hehehe

6 comments:

  1. huhuhu...rase nak buat roti jugak la hajar...tp tkt nnt sakit hati.oven x beli lg. nnt jd cam kek gula hangus tu....sila la tgk rupa kek ku yg huduh itew!

    ReplyDelete
  2. wahh cantik roti tu, akak tgk dh cun tu tahniah dah menjadi la tu cuba lagi yer nanti. actually akak kat sini perap masuk almari jer kekadang tak guna pun air panas tu.tapi tak pe la dh cuba jadi kira oklah kan...kalau rujuk ngan Ros tu lagi pakar tu akak pun baru 2-3bln ni jer belajar2 meroti pun sejak beli BM tu..so...sama-samalah kita belajar yer..:)

    ReplyDelete
  3. taknak cuba resepi.. nak sitie buatkan je.. nak ngappp... hahahaha
    sekali dier ngap, kita pun ngep!

    ReplyDelete
  4. kak maznah: hahaha takpe belajar..saya pon kalu kek fail lagi kak maznah oiii...hihihi

    kak nieza: tak gebu la kak..takpe saya takkan jemu mencuba..caiyok2 pada diri sendri...hihihi

    kak anie: huhuh before balik msia kene listkan bape rege caj perkhimatan ni..hahaha :P

    ReplyDelete
  5. ok,now i jeles tgk gmbr roti ni..huhu..
    dah mcm pro tgk cun je bulat2 roti ni siap filling lg

    ReplyDelete
  6. kak suzi: heheh ni tak jadi betul2 kak..huhuhu..jgn la jeles nanti baby marah hihi..

    ReplyDelete