Sunday, April 17, 2011

Apam Marble..


assalamualaikum..

resepi apam ni saya copy dari umah Ros di Jintanmanis..
yg besnya, nak buat apam ni takyah perap adunan, bule terus kukus lepas bancuh..
so apam ni tekstur nya 'heavy'..hasil dr cobaan saya lah..
tatau la pn ros kita nye jadik camne..hihihi

saya buat separuh adunan aje, buat dlm cup mapin so dapatla dlm 7 ketul kot..
oh ye mahap ye ros, saya tambah satu lagi kaler..merah..hihihi
saje mau tes tes..:D

APAM MARBLE
- sumber: Ros@JintanManis

Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder ( di ayak bersama tepung gandum)
4 biji telur
1/2 cawan susu segar ataupun santan
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallette
sedikit pewarna hijau * saya tambah juga pewarna merah
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Pukul telur hingga agak berbuih, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan betul-betul kental dan putih, masukkan esen vanila, dan kacau sebati.
2. Kemudian masukkan ovallette dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar, kacau sebati. Bahagi adunan pada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan beberapa titik pewarna hijau, kacau rata, dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Alaskan loyang berukuran 20cm dengan kertas minhyak, sendukkan adunan warna asal ke dalam loyang, kemudian sendukkan pula adunan warna hijau di atasnya, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis ataupun marble kan sahaja mengikut citarasa dan warna kegemaran masing-masing.
3. Akhir sekali, kukus selama lebih kurang 40 minit atau satu jam, sedap dimakan pada bila-bila masa, lembut dan gebu teksturnya. Selamat Mencuba.

Nota: Nak letakkan dalam acuan kecil-kecil tu pun boleh, tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

2 comments: