Sunday, April 24, 2011

Tomyam Santan..


assalamualaikum..

maaf tuan punya blog lama menyepi..
semalam ada buat majlis makan-makan sikit..
so kenkonon bizi la di dapur..hehehe..

tomyam ni bukan salah satu menu semalam tau..ni menu tah bile saya pon dah lope..hehe
selingan aje sementara nak edit gamba smalam..
asalnya tomyam udang bersantan, tapi masa saya buat versi ni, terlupa plak nak bubuh udang..
las2 jadi tomyam sayur bersantan aje le..
then saya pakai pes tomyam tuh aje..so tak payah la lengkuas bagai tuh..:D
sedap, rasa lain dari tomyam biasa tuh, pasal ada rasa lemak2 dia...
eh tomyam biasa tuh sedap jugak, tomyam santan ni pon sedap jugak..
argghh senang citer sumer sedap la....huhuhuhu

time kasih ros atas resepi ni, en husben aku pon sukeee, sama cam en husben ko kan? hihihihi...

TOMYAM UDANG BERSANTAN
- sumber: Ros@JintanManis

Bahan-bahannya

200gram udang harimau
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 sudu kecil udang kering ditumbuk halus ( tak nak letak pun takpe)
2 besar cili kisar
1 batang serai
1 1/2 sudu besar jus lemon
beberapa helai daun limau purut
beberapa biji straw mushroom ( ros guna yang dlm tin) - boleh ganti dgn cendawan tiram - saya tak bubuh pon..
1/3 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 cawan santan pekat
1/4 batang celery
1/4 biji bawang besar
2 biji cili padi
sedikit bunga kobis * saya tambah
sedikit jagung muda * saya tambah
sedikit kobis * saya tambah juga
garam
gula

Cara-caranya
1. Hiris nipis batang celery, lobak merah di potong separa bulatan dan potong dua straw mushroom , ketuk bawang putih dan cincang halus kemudian panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang putih, udang kering bersama lengkuas hingga garing, selepas itu masukkan serai dan 1 cawan air.
2. Apabila kuah telah mendidih masukkan santan, lobak merah, straw mushroom, batang celery, biarkan seketika, selepas itu masukkan jus lemon serta hirisan cili padi. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
3. Masukkan pula udang, kacau selalu, akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan tomato yang dibelah 4. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak guna tomyam pes segera tu pun boleh, takyah guna dah cili kisar dan bahan yang lain tu, terus boleh tumis macam biasa dan bila kuah mendidih tu boleh masukkan santan, dan bahan yang lain.

2 comments:

  1. tak silap tomyam bersantan ni dipanggil tomyam chieng mai... tak silaplahhhh.. hehe

    ReplyDelete
  2. kak sari: ye ke..nama cam china mari la plak..hihi.. tp sedap kan kak...

    ReplyDelete