Tuesday, May 24, 2011

Homemade Serikaya..


assalamualaikum...

meh layan serikaya simple tapi sedap macam beli kat kedai, resepi dari puan ros kite..hehehehe..
kaya ni selain makan ngan roti, saya buat inti roti dan inti pau jugak..:)

suka betul izzah n zahim dapat makan..
pasal dulu memang peberet derang, so kiranya dah dekat setaun tak makan..hihihi
time kasih ros..izinkan saya tepek tepek di sini plak ye...muah muahhh..

HOMEMADE SERIKAYA
- sumber Ros@JintanManis

Bahan-bahannya
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand)
3/4 cawan gula ( 3 suku cawan gula, ros guna cawan minum kopi 180ml tu)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.

Nota Ros: Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )

2 comments:

  1. ooo.. senang aje nak buatnya, bleh cuba lepas ni, terima ksh sitiezahim.. ;-)

    ReplyDelete
  2. kak sari: panggil hajar je..aa senang aje meh kita cuba ramai2..hehehe

    ReplyDelete